Dihantar Oleh Pada 04 September, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 org makan
Description

Dah duk merantau mcm ni...cuba2 ler pelbagaikan masakan kita ni

Share:
Bahan-bahan
  • 300 gm asparagus - dipotong serong
  • 2-3 biji bawang putih - diketuk
  • 1 sudu besar cili kering
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil nampla/sos ikan
  • 3-4 ekor sotong - dipotong kecil
  • sedikit garam
  • minyak utk menumis
  • belacan - ikut suka
Cara-cara
  1. Panaskan minyak tumis bawang putih hingga naik bau.

  2. Masukkan cili kering dan belacan. Masak hingga garing. Kemudian masukkan sotong.

  3. Bila sotong dah agak masak tambahkan sos tiram dan nampla. Gaul sebentar kemudian masukkan asparagus pula.

  4. Sesuaikan rasa. Jika kurang masin boleh ditambah sedikit garam. Boleh diangkat dan sedia untuk dimakan.