Resepi Serunding Daging

 Dihantar Oleh Pada 28 August, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: ikut selera
Description

nih versi tanpa tumis..

Share:
Bahan-bahan
  • 1kg daging - direbus dan disiat
  • 5 btg serai *
  • 7 ulas bawang putih*
  • 3 labu bawang besar @10 ulas bawang merah*
  • 2.5 cm halia*
  • 1.5 cm lengkuas*
  • 30 tangkai cili kering* - potong & rendam
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 sb serbuk ketumbar
  • 1 sb serbuk jintan
  • 1 1/2 biji kelapa - perah guna air rebusan daging, santan dpt dlm 3 cwn
  • 1 sb gula putih @ gula perang
  • Garam
Cara-cara
  1. Semua bhn bertanda * dikisar bersama. kalau nak lebih pedas, tambah lada, kalau nak kurang pedas, kurangkan lada..

  2. Masukkan bahan kisar bersama daging ke dalam kuali. Masukkan santan. Semua bhn dimasukkan bersama supaya daging serasi mesra dengan bahan. Tambah garam dan gula..

  3. Perlu diingat api tidak terlalu besar, takut hangus.. bila nak kering, kacau selalu,..

  4. Bila dah kering, tutup api.. Taraa.. dah siap.. cam senang je..

  5. Masa memasak serunding kira2 dlm 3 jam.. tu tak termasuk masa nak siat daging.. kalau siat ramai2 cepat siap, kalau sorang, dekat sejam ngadap daging tuh.. tapi masa nak makan, sekejap je bleh licin..

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua