Resepi Kek Yogurt

 Dihantar Oleh Pada 24 September, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 18cm
Description

Guna biskut oreo

Share:
Bahan-bahan
  • 500g yogurt (buangkan air sehingga beratnya tinggal 150g)
  • 50ml susu segar
  • 200ml krim segar
  • 15g gula aising (gula yogurt lagi sedap)
  • 5g serbuk gelatin
  • 1/2 sudu besar jus lemon (dari buah lemon)
  • 9 keping biskut Oreo (96g)
  • 20g mentega
Cara-cara
  1. Masukkan yogurt ke dalam penyejat. Sejatkan sehingga berat yogurt menjadi 150g. Mungkin mengambil masa dlm 1-2 jam.

    open-uri20151010-29872-12yflsa
  2. Masukkan biskut Oreo bersama krimnya ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk biar biskut hancur.

    open-uri20151010-29872-19z9gny
  3. Masukkan mentega yg telah dicair ke dalam biskut oreo. Ramas-ramaskan biar berketul.

    open-uri20151010-29872-3tnu7n
  4. Kemudian masukkan ke dalam loyang. Lapikkan plastik dan tekan-tekan biar jadi padat.

    open-uri20151010-29872-e8kb8d
  5. Loyang yang diguna mestilah bahagian bawahnya boleh diangkat. Kalau nak krim yogurt kelihatan tebal boleh guna loyang 15cm.

    open-uri20151010-29872-jksbor
  6. Panaskan susu dengan microwave selama 50 saat atau panaskan sehingga hampir mendidih. Campurkan gelatin dengan 1/2 sudu besar air. Kacau ratakan. Kemudian masukkan ke dlm susu. Kacaulah sehingga tak berketul.

    open-uri20151010-29872-1rgtpky
  7. Yogurt biarkan pada suhu bilik sebelum digunakan. Pukul yogurt sehingga jadi bentuk krim.

    open-uri20151010-29872-194xg4l
  8. Dalam mangkuk lain pula, pukul krim segar dengan gula sehingga agak pekat. Jangan terlampau keras.

    open-uri20151010-29872-sfq3vp
  9. Masukkan krim segar ke dalam mangkuk yogurt sambil dikacau. Kemudian masukkan pula susu bersama gelatin tadi. Akhir sekali masukkan jus lemon. Kacau dengan perlahan-lahan sampai sebati.

    open-uri20151010-29872-enf4ru
  10. Masukkan ke dalam loyang yang ada biskut tadi. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga keras.

    open-uri20151010-29872-iie1kf