Dihantar Oleh Pada 22 August, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: sebiji kek saiz 8inci & 20biji cupcake
Description

resipi ni dpt dari sifoo mamafami.. mmg lembut dan sedap.. tak caya cuba le.. satu adunan tu saya dpt sebiji kek saiz 8inci & 20biji cupcake. Org kelantan panggil kuih ambon

Share:
Bahan-bahan
  • 5 iji telur
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 300 gm tepung gandum
  • 300 gm gula halus
  • 250 ml susu segar @ santan (saya pakai susu segar je)
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • sedikit garam
  • pewarna
Cara-cara
  1. Sediakan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain.

  2. Ayakkan tepung bersama baking powder.

  3. Campurkan garam ke dalam susu.

  4. Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.

  5. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.

  6. Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu.

  7. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai.

  8. Sapukan loyang dg sedikit marjerin.kemudian taburkan sedikit tpg. (cara ni saya guna utk elak adunan dari melekat bila masak nanti)

  9. Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat.

  10. Ulangi langkah (9) dgn adunan kedua.

  11. Masukkan adunan terakhir dan kukus lagi selama 30-40 minit.

  12. taraaaaa... inilah hasilnya

    open-uri20151010-29872-ktrpc0
  13. yang ni saja saya kukus dlm cawan kertas.. utk anak kecik.. SELAMAT MENCUBA YE

    open-uri20151010-29872-1nzcabo