Dihantar Oleh Pada 21 September, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 8 biji
Description

Sedap dan rangup.

Share:
Bahan-bahan
  • Doh Roti:
  • 140ml air/ susu segar (suam atau suhu bilik)
  • 200g tepung roti
  • 8g mentega
  • 20g gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil yis kering
  • Inti Sardin:
  • 1 tin kecil sardin
  • 1/2 biji bawang besar- potong dadu
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil jus limau nipis/ kasturi
  • Ubi kentang- potong dadu dan rebus 2/3 masak (jika suka)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam, gula secukupnya
  • Serbuk roti / breadcrumbs
  • Telur
  • Minyak untuk menggoreng penuh
Cara-cara
  1. Masukkan tepung, gula dan yis ke dalam mangkuk. Kacau biar rata. Kemudian masukkan pula air/ susu dan juga garam. Uli sehingga licin dan tak melekat ditangan.

  2. Buat bentuk bulat. Tutupkan mangkuk dengan tuala lembab. Biarkan naik sehingga 2 kali ganda.

  3. Tumbuk-tumbuk doh roti untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian.

  4. Rehatkan roti selama 10-15 minit.

  5. Ambik sebiji doh, canaikan. Letakkan inti ditengah-tengah. Kemudian tutup rapat-rapat. Tekan dengan tapak tangan biarkan roti jadi bentuk leper. Buanglah sampai habis.

  6. Biarkan roti naik 2 kali ganda.

  7. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Pukul telur dengan garfu biar telur kuning dan putih bercampur.

  8. Panaskan minyak. Celup roti dalam telur. Kemudian salut pula dengan breadcrumbs (serbuk roti). Goreng dengan api sederhana sehingga perang.

  9. INTI: Tumis bawang besar sehingga layu.

  10. Masukkan sardin yang telah dilenyek dengan garfu.

  11. Kemudian masukkan ubi kentang.

  12. Akhir sekali masukkan garam, gula, serbuk lada putih, jus limau . Sesuaikan rasanya.

  13. Bila dah siap bolehlah tutupkan api.