Resepi Ayam Kicap Berempah

 Dihantar Oleh Pada 14 August, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

sedap dimakan dengan nasi ambeng

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - digoreng terlebih dahulu bersama kunyit & garam
  • 1 peket rempah tumis
  • 1 biji bawang besar - di hiris
  • 5-6 ulas bawang putih - dihiris
  • 3-4 batang lada hijau - dihiris
  • 2 inci halia - diketuk
  • 2 biji ubi kentang - dihiris kpd 4 bahagian dan digoreng terlebih dahulu
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk terlebih dahulu
  • 2 sudu besar cili sos - untuk pekatkan kuah
  • 1 1/2 cawan kicap pekat manis
  • minyak - untuk menumis
  • gula dan garam secukup rasa
Cara-cara
  1. panaskn minyak di kuali dan tumis dahulu rempah tumis kemudian masukkan pula bahan2 yg telah di dihiris seperti bwg besar, putih lada hijau dan halia

  2. masukkan pula kicap, rempah kari, lada hitam, cili sos kacau sebentar. Pastikan api sederhana

  3. setelah mendidih kuah, masukkan pula kentang dan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu ke dalam kuali

  4. kacau sehingga rata ayam tersebut dan akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa

  5. sedia untuk dihidang dan dimakan

  6. **ayam kicap ini tidak perlu menggunakan air dan kuah biarlah pekat ( kicap semata )**

Tags 
Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi berkaitanLihat Semua
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua