Resepi Bihun Goreng

 Dihantar Oleh Pada 13 August, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5 orang
Description

Resepi sendiri

Share:
Bahan-bahan
  • 1 bungkus bihun
  • 1 cwn daging yg telah dihiris nipis
  • 1 sdb cili padi kisar (Nak pedas blh ltk lebih)
  • 2 sdb bawang merah kisar
  • *3 ulas bawang putih
  • *3 tangkai daun ketumbar
  • *5 biji buah keras (Boleh kurangkan)
  • 2 btg carrot (hiris nipis dan panjang)
  • 1 sdb bijan
  • 1 sdb mayonis
  • Garam secukup rasa
  • Minyak utk menumis
Cara-cara
  1. Rendam bihun dgn air panas dan toskan.

  2. Tumbuk bersama bahan yang bertanda * hingga lumat.

  3. Panaskan minyak, masukkan bijan, biar kekuningan. Tumis bahan tumbuk, kacau hingga naik minyak.

  4. Masukkan cili padi dan bawang kisar, biar garing sedikit. Kacau sebati.

  5. Masukkan daging, gaul lagi hingga sebati dan biar daging empuk.

  6. Masukkan garam secukup rasa, mayonis dan sedikit air jika perlu.

  7. Masukkan carrot, kacau rata dan masukkan bihun. Gaul hingga sebati.

  8. Goreng lagi beberapa minit hingga bihun betul-betul lembut dan sebati dgn bahan lain.

  9. Bila nak makan, perah air limau kasturi atau limau nipis. Selamat mencuba.

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua
Komen