Resepi Cinnamon Roll

 Dihantar Oleh Pada 09 September, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 10 biji
Description

Sedap bagi yang suka kayu manis/'cinnamon'.

Share:
Bahan-bahan
  • (Bahan Roti):
  • 300g tepung roti
  • 50g mentega
  • 1 biji telur
  • 50g gula halus
  • 100ml susu segar/air (suhu badan)
  • 8g yis kering
  • 1 sudu kecil garam
  • (Inti):
  • 2-3 sudu kecil serbuk kayu manis (ikut suka )
  • 60g gula perang
  • 20g mentega - suhu bilik
  • (Aising):
  • 50g cream cheese - suhu bilik
  • 20g mentega - suhu bilik
  • 100g gula aising
  • Secubit garam
  • Beberapa titik esen vanila
Cara-cara
  1. Cara buat roti: Gaulkan mentega dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti.

    open-uri20151010-29872-f5lk50
  2. Kemudian masukkan gula dan yis kering. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.

    data.jpeg
  3. Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat di tangan atau sehingga licin.

    data.jpeg
  4. Balut dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.

    open-uri20151010-29872-jq3jq4
  5. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. Letakkan bahan-bahan inti.

    open-uri20151010-29872-1om0dlu
  6. Kemudian gulung. Bahagikan pula kepada 4 bahagian kecil (lebih kurang 4 cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi.

    open-uri20151010-29872-y6obvr
  7. Lapikkan roti dengan cawan muffin. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.

    open-uri20151010-29872-wdxzfv
  8. Sementara itu sediakan aisingnya. Masukkan semua bahan-bahan untuk aising ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk krim.

    open-uri20151010-29872-2zc5a6
  9. Bila roti dah masak( ketika masih panas), letaklah aising 1-1/2 sudu besar ke atas setiap roti. Jangan letak terlampau banyak aising. Aising yg banyak boleh menghilangkan kesedapan rasa roti.

    open-uri20151010-29872-1ndem14