Dihantar Oleh Pada 05 September, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1-2 orang
Description

Ayam masak kicap sempoi.. makan dengan nasi putih dan sup tulang pasti terangkat!!..

Share:
Bahan-bahan
  • 1 bahagian paha ayam
  • Garam dan kunyit secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1/2 biji bawang besar - hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih - mayang
  • 1cm halia - cincang halus
  • Kicap pekat manis secukupnya
  • 2-3 biji cili padi - potong dua
  • 1-2 batang cili hijau
Cara-cara
  1. Potong ayam kecik-kecik dan bersihkan.

  2. Lumurkan ayam dengan garam kunyit dan goreng sehingga 2/3 masak. Kemudian ketepikan.

  3. Ambik dua sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili sampai naik bau.

  4. Kemudian masukkan kicap dan ayam. Goreng sampai ayam masak.

  5. Akhir sekali kalau suka cili hijau bolehlah hiris cili hijau dan masukkan ke dalam ayam. Goreng sekejap dan padamkan api.

  6. Siap untuk dimakan.