Dihantar Oleh Pada 01 August, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: ikut suka
Description

Kepada sesiapa penggemar sambal kicap lain dari yang lain, cubalah! Sedap.

Share:
Bahan-bahan
  • 15-20 tangkai cili padi - ikut suka kepedasan
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu kecil gula merah
  • 1 cawan kicap manis
  • Minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. Goreng sebentar cili dan bawang putih sehingga meletup-letup cili.

    open-uri20151010-29872-jvt7yx
  2. Selepas itu angkat dan toskan biar sehingga sejuk.

  3. Tumbuk kesemua bahan tadi termasuk gula sehingga lumat.

    open-uri20151010-29872-1lia2ye
  4. Setelah lumat keluarkan dan masukkan ke dalam satu bekas kedap udara dan gaulkan bersama 1 cawan kicap.

  5. Sedia untuk dihidang untuk apa jua jenis lauk.

  6. *Sambal ini tahan lama kalau tidak masuk peti sejuk kerana bahan-bahan digoreng terlebih dahulu. Kalau mahu masuk juga pun boleh, itulah namanya Sambal Tahun...harap maklum