Dihantar Oleh Pada 30 July, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 8x8 inci
Description

Orang Sarawak panggil Bingka

Share:
Bahan-bahan
  • 1 bungkus agar-agar
  • 3 gelas air
  • 1 gelas gula
  • 4 biji telur ayam
  • 11/2 gelas tepung gandum
  • 1/2 tin susu pekat
  • 250 gram butter
  • 1 botol kraft spread cream cheese @ philadelphia cream cheese (250 gram)
Cara-cara
  1. Agar-agar di masak dgn 3 gelas air & 1 gelas gula.

  2. Pukul telur sampai putih & kembang.

  3. Masukkan butter, pukul lagi hingga sebati.

  4. Kemudian masukkan susu pekat & tepung gandum. Gaul rata.

  5. Masukkan pula spread cream cheese. Gaul lagi hingga betul2 sebati.

  6. Akhir sekali tuangkan agar2 yang telah dimasak tadi. Gaul dengan cepat agar agar2 tidak beku & berketul2.

  7. Masukkan ke dlm acuan atau loyang berukuran 8x8 inci.

  8. Kemudian ambil satu lagi acuan berukuran 81/2 x 81/2 inci dan masukkan sedikit air ke dalamnya.

  9. Letakkan acuan adunan ke dalam acuan yg berisi air. (kaedah double boil)

  10. Bakar di dalam oven dengan kepanasan 150C, api atas & bawah selama 1 jam 30 minit.

  11. Potong puding bila ianya betul2 sejuk & agak keras.

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua