Resepi Gulai Ikan

 Dihantar Oleh Pada 30 August, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2-3 orang
Description

Masakan Kelantan. Sesuai dimakan dengan nasi putih atau nasi dagang.

Share:
Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan kembung - (apa-apa jenis ikan pun tak pe)
  • 1cm lengkuas
  • 1cm kunyit
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1 keping asam gelugur/keping
  • 3-4 biiji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji timun
  • 3 biji lada hijau
  • 1/2 biji kelapa - ambik santan
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan dan ketepikan.

  2. Tumbuk lengkuas, kunyit, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam periuk yang ada santan. Masukkan juga asam gelugor. Masak sehingga santan mendidih.

  3. Kemudian masukkan ikan. Biar sehingga ikan masak dan kuah sedikit pekat.

  4. Masukkan pula timun yang di potong sepanjang 1- 1.5 cm dan juga lada hijau.

  5. Masakkan lagi dalam 3-4 minit. Kemudian padamkan api.