Dihantar Oleh Pada 29 August, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 10 biji
Description

Senang.. cara-cara masak bergambar

Share:
Bahan-bahan
  • 100ml air
  • 45g mentega - suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum - diayak
  • 2 biji telur(100g)
Cara-cara
  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan kertas aluminium kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.

  2. Masukkan air dan mentega ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

    open-uri20151010-29872-is3v9u
  3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.

    open-uri20151010-29872-1195p6d
  4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.

    open-uri20151010-29872-yvl8cw
  5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat.

    open-uri20151010-29872-1n94mis
  6. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.

    open-uri20151010-29872-1xklyf
  7. Masukkan adunan ke dalam 'piping bag'. Paipkan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.

    open-uri20151010-29872-lw7hex
  8. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.

    open-uri20151010-29872-1aok52v
  9. Sembur permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.

    open-uri20151010-29872-11dy5km
  10. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

    open-uri20151010-29872-52clv9
  11. Cara buat kastard krim boleh rujuk di sini atau di sini

  12. Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm.

    open-uri20151010-29872-1ux83t
  13. *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam mangkuk. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan pengadun.