Dihantar Oleh Pada 12 July, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

resepi keluarga turun temurun. style orang Rembau.

Share:
Bahan-bahan
  • * ayam 1 ekor (atau daging, udang, sotong)
  • * cili api 20 ulas, ditumbuk atau diblend (boleh tambah atau kurangkan mengikut tahap kepedasan)
  • * bawang putih 2 ulas, dihiris
  • * bawang merah 4 biji, dihiris
  • * halia 2 inci, dihiris
  • * serai 1 batang, diketuk
  • * asam keping 1 keping
  • * kunyit, garam
  • santan (dari 1 biji kelapa)
  • kentang 2 biji, dibelah empat atau lapan
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan * ke dalam periuk. Tambah sedikit air dan renihkan dengan api kecil sehingga semua bahan mesra dan air ayam keluar (atau daging empuk).

  2. Setelah air ayam agak kering, masukkan santan dan kacau sekali-sekala (untuk memastikan santan tidak pecah minyak dan beruwap melimpah keluar) di atas api sederhana.

  3. Akhir sekali, masukkan kentang. Tambah garam jika perlu. Tutup api bila kentang telah empuk.

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua