Resepi Nasi Dagang Perantau

 Dihantar Oleh Pada 24 August, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6 orang
Description

Resepi ni guna beras jasmin bagi menggantikan beras nasi dagang. Tak payah campur beras pulut. Bagi sape-sape di perantauan bolehlah try.. ;)

Share:
Bahan-bahan
  • 4 cawan beras jasmin
  • 1 tin (400ml) santan pekat
  • 4-5 ulas bawang putih-dimayang
  • 1cm halia - hiris macam bilah mancis
  • 1 sudu kecil halba
  • Garam
  • Gula
Cara-cara
  1. Bersih beras dan rendam. Sekurang-kurangnya 4 jam.

  2. Ambik 1/4 tin santan. Tambahkan 1/4 cawan air untuk jadikan santan cair. 3/4 tin santan lagi jadikan sebagai santan pekat.

  3. Masak santan pekat bersama bawang, halba, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama. Nanti nasi akan rasa cepat muak.

  4. Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair. Kukus semula sehingga nasi masak.

  5. Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.

  6. Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol atau kari ayam.

  7. Inilah rupa halba (funegreek). Boleh didapati dari kedai yang jual rempah-ratus.

    open-uri20151010-29872-1o3ptgh