Resepi Hotdog Bread

 Dihantar Oleh Pada 23 August, 2006
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6 biji
Description

roti yang sesuai untuk buat hotdog .. sedap juga dimakan dengan kaya atau jem

Share:
Bahan-bahan
  • 160ml air
  • 250g tepung roti
  • 14g(1 1/2 sudu besar) gula
  • 4g(1 sudu kecil) garam
  • 8g(1 sudu besar) lemak sayur
  • 2.4g(3/4 sudu kecil) dry yeast
  • 16g(3 sudu besar) susu tepung
Cara-cara
  1. Masukkkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. On kan. tunggu siap

  2. Bila dah siap, keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 15 minit.

  3. Buatlah bentuk panjang seperti gambar lebih kurang 13 cm

    open-uri20151010-29872-1fp78q4
  4. Biarkan naik dua kali ganda atau 30C selama 50minit

  5. Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit. Biarkan di dalam oven selama 5-10 minit kalau mahukan roti kelihatan lebih perang.