Dihantar Oleh Pada 11 January, 2017
Kategori:  Masakan Barat
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 Orang
Description

Inginkan kelainan dalam menyediakan menu harian anda, jom cuba resipi yang mudah ini. Cepat dan mengenyangkan! Layari channel Youtube kami untuk melihat video penuh. www.youtube.com/myresipi

Share:
Bahan-bahan
  • 1 buku roti (French bread)
  • 2 keping isi ayam
  • 500g tepung serbaguna
  • 2 biji telur
  • 3 biji bawang putih
  • 6 keping keju
  • Keju (parut)
  • Mayonis
  • Lada hitam
  • Daun sup
  • Minyak masak
Cara-cara
  1. Sediakan mayonis dalam mangkuk kecil. Masukkan bawang putih yang telah dipotong kecil. Kemudian masukkan lada hitam dan hirisan daun sup.

  2. Kacau hingga sebati.

  3. Potong roti kepada dua bahagian. Sapukan campuran mayonis ke atas roti.

  4. Pecahkan telur dan salut kepingan isi ayam. Kemudian salut dengan tepung.

  5. Goreng ayam hingga keemasan.

  6. Letak 3 keping keju untuk setiap bahagian roti.

  7. Letak kepingan ayam yang digoreng. Kemudian taburkan keju parut ke atasnya.

  8. Bakar pada suhu 1800 C selama 10 minit.

Komen