Resepi Nagasari

 Dihantar Oleh Pada 30 May, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 12-15 biji
Description

Sehingga kini kuih zaman nenek2 kita dulu masih laku, paling senang nak membuatnya.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung beras
  • 5 cawan santan
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar gula
  • sedikit garam
  • 5 biji pisang raja (potong serong, memanjang, membujur atau mana2
  • Daun pandan, disimpul
  • Daun pisang secukupnya
Cara-cara
  1. 1. Koyakkan daun pisang anggaran 20cmx 20cm dan layukan sekali lalu diatas api kecil.

    open-uri20151010-29872-34v4b3
  2. 2. Campurkan tepung, santan, garam, gula dan kacau hingga sebati.

  3. 3. Tapis dan kacau diatas api yang sederhana hingga pekat lalu ketepikan.

    open-uri20151010-29872-1tuf32o
  4. 4. Ambil satu senduk adunan & letakkan diatas daun pisang yang telah dilayukan.

  5. 5. Letak sepotong dua pisang dan tutup adunan ini dengan sesenduk adunan lagi.

    open-uri20151010-29872-137veab
  6. 6. Bungkus dengan lipatan kiri & kanan

  7. 7. Kukus didalam kukusan dengan air yang mendidih selama 15 hingga 20 min.

    open-uri20151010-29872-1a157he
  8. **Nagasari ini tidak berapa manis sangat, tapi jika pada yang suka manis bolehlah tambahkan gulanya mengikut rasa.

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua