Resepi Penang Char Kway Teow

 Dihantar Oleh Pada 17 November, 2012
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Simple & sedap. Boleh modify goreng basah/kering. :)

Share:
Bahan-bahan
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar cili giling/cili boh pun ok
  • 1 cawan air rebusan udang
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh petis udang
  • 1 peket kway teow (jenis halus)
  • Daun kucai (ikut suka)
  • Taugeh (ikut suka)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 biji telur gred A
  • Garam secukup rasa
  • 15 ekor udang sederhana :)
Cara-cara
  1. Air rebusan udang: Sediakan dahulu air rebusan dgn 1 cawan air digunakan utk merebus udang + 1 sudu teh garam.

  2. Pes cili: Tumiskan bawang merah (tumbuk) & cili giling. Setelah pecah minyak, masukkan air rebusan udang tadi + sos tiram + petis udang. Renih hingga pekat. Kalau nak kway teow yg basah, air rebusan tu boleh lah letak lebih & tak perlu renih sampai pekat. Tambahkan sedikit garam. Dah masak, boleh lah ketepikan dahulu.

  3. Kicap: Campurkan kicap pekat + kicap manis. Gaul sebati.

  4. Cara memasak: Tumiskan bawang putih (tumbuk) hingga naik bau. Masukkan udang & goreng seketika. Ambil sedikit pes cili & gaulkan. Tambahkan kway teow & kacau sebati. Masukkan daun kucai & kacau lagi. Tambahkan pes cili + kicap secukup rasa & kacau lagi hingga warna & rasa sebati. Ketepikan sedikit & masukkan telur. Setelah telur agak masak, gaulkan dengan kway teow. Masukkan taugeh & kacau. Gunakan api yg besar sepanjang memasak.

  5. Siap & sedia utk dihidang dengan cili jeruk jika suka. Selamat mencuba :)

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua