Resepi Durian Crepe

 Dihantar Oleh Pada 13 November, 2012
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 30 bantal
Description

Sesuai untuk peminat durian dan sangat sedap dimakan ketika sejuk.

Share:
Bahan-bahan
  • 250grm tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 500ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur)
  • Filling**
  • 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
  • Isi Durian yg telah dilenyek.
Cara-cara
  1. Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.

  2. Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.

  3. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.

  4. Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua