Resepi Lompat Tikam

 Dihantar Oleh Pada 11 July, 2012
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6 bekas kecil
Description

resepi dari mak, lemak , masin manis sedap sejuk tekak.

Share:
Bahan-bahan
  • BAHAGIAN BAWAH (hijau)
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air
  • sesudu kecil air kapur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • pewarna hijau dan perasa pandan
  • BAHAN ATAS (putih)
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan santan(satu kotak kecil santan segera campur air jdkan 3 cawan)
  • 1 sudu kecil garam halus
  • AIR GULA MERAH
  • 1 cawan gula merah (masak dengan sedikit air, tapis & sejukkan)
Cara-cara
  1. BAHAGIAN BAWAH (HIJAU)

  2. Campur semua bahan, blander sehingga tidak berketul2.

  3. kacau di atas api perlahan sehingga menjadi pekat dan berkilat

  4. letakkan di dalam bekas & sejukkan

  5. BAHAGIAN ATAS (PUTIH)

  6. campur semua bahan, blander hingga tidak berketul2

  7. kacau atas api perlahan sehingga pekat dan berkilat

  8. tuang di ata lapisan hijau td, sejukkan.

  9. ** tuang air gula merah td dan boleh laa dimakan. (sedap dimakan ketika sejuk)

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi berkaitanLihat Semua
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua