Resepi Kuih Talam

 Dihantar Oleh Pada 20 May, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 8 orang
Description

Resepi dari buku, ubah suai untuk perasa jagung. Resepi asal talam pandan

Share:
Bahan-bahan
  • *Bahagian bawah:
  • 120g tepung beras
  • 20g tepung gandum
  • 150g gula
  • 400ml air
  • 200ml air perasa jagung (atau jus pandan)
  • 11/2 tsp air kapur
  • sedikit pewarna kuning
  • minyak utk sapu dalam acuan.
  • **Bahagian atas:
  • 70g tepung beras
  • 2 tbs tepung jagung
  • 1/2 tsp garam
  • 350ml santan pekat (dari sebiji kelapa)
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan *. Kacau hingga tak bergentel. Masak sekejap dgn api sederhana, kacau. Cukup sampai naik wap dan gula hancur.

  2. Isikan dalam acuan yg di sapu minyak. Kukus hingga masak . (15-20min) bergantung kepada size bekas.

  3. Campur semua bahan **. Kacau. masak sekejap dengan api sederhana hingga naik wap.

  4. Isikan dalam acuan, terus kukus hingga masak

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua