Dihantar Oleh Pada 19 May, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 org
Description

Sago ni sesuai untuk sejukkan badan...enak dimakan pada waktu petang...sedap.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 cawan sagu
  • 1/4 cawan gula merah dan 1/4 cawan gula putih
  • 1 cawan santan
  • 1 helai daun pandan
  • Sedikit garam
Cara-cara
  1. Masak sagu dengan 10 cawan air hingga sagu menjadi putih jernih.

  2. Basuh sagu beberapa kali untuk membuang kanjinya.

  3. Toskan dan masukkan ke dalam bekas yang disukai.

  4. Simpan dalam peti sejuk.

  5. Masak kedua-dua gula dengan air serta daun pandan hingga mendidih dan tapis.

  6. Panaskan santan dengan sedikit garam.

  7. Keluarkan sagu tadi dan curahkan air gula dan santan ke atasnya dan masukkan ke dalam peti sejuk.

  8. Bolehlah dihidangkan.

Komen