Dihantar Oleh Pada 19 May, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3/4 org makan
Description

Senang nak buatnya, anak-anak pasti suka punya.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 biji telur
  • 3 sudu makan (45ml) mentega, dicairkan & ketepikan hingga sejuk
  • 1 cawan (225ml) tepung gandum serbaguna
  • 1 sudu makan (15ml) gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan (225ml) 'buttermilk'*
  • *(jika tiada 'buttermilk' boleh diganti dengan 1 cawan susu segar dicampur dengan 1 1/3 sudu besar krim tartar. Tunggu 5-10 minit hingga hasilnya menjadi berbintil-bintil)
  • 1 sudu teh baking soda
Cara-cara
  1. Di dalam mangkuk, pukul telur & mentega yang telah sejuk pada suhu bilik.

  2. Ayak tepung, baking soda bersama & campurkan bersama gula & garam.

  3. Campurkan bahan kering tadi bersama telur & mentega yang telah dipukul. Gaul rata.

  4. Tambahkan pula 'buttermilk' atau campuran susu segar tadi & kacau lagi hingga tidak berbintil.

  5. Panaskan kuali leper & tuangkan agak sesenduk kecil ke atas. Biarkan ia berbuih di tepiannya sebelum membalikkan.

    data.jpeg
  6. Gambar:

    data.jpeg
  7. Gambar:

    data.jpeg
  8. Gambar:

    data.jpeg