Dihantar Oleh Pada 16 May, 2012
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: loyang 9'
Description

senang dan disukai anak2

Share:
Bahan-bahan
  • 250g macaroni (setengah bungkus)
  • 5 biji telur gred A
  • 1 paket sedang daging kisar (boleh juga letak daging rebus dan dipotong kecil2.)
  • 2 biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih potong kecil2
  • 3 sudu minyak untuk menumis
  • garam dan serbuk perasa
  • sedikit lada sulah
  • untuk topping: sos cili, sos tomato mayonis dan keju mozarella yg diparut.
Cara-cara
  1. rebus macaroni sehingga empuk basuh dan toskan

  2. tumis bawang besar dan bawang putih

  3. masukkan daging biar seketika hingga daging masak

  4. masukkan macaroni yg direbus tadi

  5. masukkan garam, serbuk perasa dan lada sulah

  6. goreng seketika dan tutup api

  7. setelah api ditutup barulah masukkan telur.. goreng lagi hingga semua bercampur

  8. sapu loyang dengan majerin dan tuang semua macaroni tadi ke dlm loyang.

  9. tabur keju hingga menutupi macaroni kemudia picit sos cili dan sos tomato serta mayonis diatasnya

  10. bakar dengan suhu 130' selama hampir sejam

  11. setelah masak biarkan sejuk sedikit br dipotong.(kalau porong masa terlalu panas nanti ia bercerai.)

    open-uri20151010-29872-j5n1hi
Komen