Resepi Cheese Tart

 Dihantar Oleh Pada 03 May, 2012
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: ~ 60 - 70 biji bergantung pada saiz tart
Description

Ikut kelas masakan..resepi yg enak dan disukai anak2..selalunye cantik buat hantaran...Tak berapa cun coz anak2 gadis kite yg year 6 tolong...yg penting sedap..ikut krteativiti..

Share:
Bahan-bahan
  • Sugar Dough (asas buat tart)
  • 250g butter
  • 1 cawan gula kastor
  • secubit garam(Jika guna majerin tak payah bubuh)
  • 600g tepung gandum
  • 2 biji telur (apa2 gred tapi biasa guna gred B)
  • Cheese filing tart
  • 250g cream cheese
  • 70g gula kastor
  • 1 biji telur
  • sedikit coffe @ coklat emalco( ikut suka utk lorekan)
  • 2 - 3 sudu besar susu cair
Cara-cara
  1. Untuk sugar dough. - Putar butter dengan gula hingga kembang kemudian baru masukkan telur sebiji sebiji pukul lagi hingga kembang dan ringan.

  2. Masukkan tepung dan gaul rata hingga jadi doh. Ketika mencanai pastikan baki doh di tutup dengan kain @ plastik coz cepat keras bila kena angin.

  3. Terapkan dan bentukkan dalam bekas tart berbentuk macam kat kedai tu..(lanser dengan sikit marjerin dasar bekas tart agar tak melekat...

  4. Tekan sikit dasarnya agar berbentuk cantik.

  5. Bakar dalam oven hingga sedikit kekuningan jangan sampai garing. ~ 20 minit.( Boleh buat awal dan simpan dalam bekas kedap udara)

  6. Cara buat Cheese filing tart.( Ketika menunggu pastery cup masak bolehlah buat cheese filing ni)

  7. Putar cheese, gula, susu cair dan telur hingga licin.

  8. Masukkan @ paipkan dalam pasteri cup dan bubuh sedikit coffe flavour @ apa2 yg disukai..lorekkan ikut kreativiti..Bakar semula kira-kira 10 ~ 15 minit..hingga cheese tu tak melekat.

  9. * Anak2 tak suka emalco kite tukar dengan jem blue barry..dan namanye menjadi Bluebarry cheese tart..@ Strawberry dll ikut selera masing2.

  10. Anak2 sangat suke biasa buat hari yang sama juga habis tak sempat nak simpan...Puas makan beli mahal...

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua