Resepi Bubur Pulut Hitam

 Dihantar Oleh Pada 15 May, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: sekeluarga
Description

Black Glutinous Rice. Khas untuk mereka yang menggemarinya.

Share:
Bahan-bahan
  • 300 gm Pulut Hitam
  • 1 keping gula melaka (ikut saiz-ikut suka)
  • 1 tin santan
  • 1/2 cawan gula pasir
  • daun pandan (kalau ada)
  • segenggam sagu (kalau suka)
  • susu segar
  • sedikit garam (hujung sudu kecil)
Cara-cara
  1. Rendam pulut hitam semalaman

  2. Bersihkan pulut dengan menyiram di dalam bekas berlubang

  3. Masukkan dalam periuk, masukkan air lebihkan 2-3 inchi dari pulut. Masak hingga rasa masak.

  4. Masukkan daun pandan yang disimpul.

  5. Masukkan gula melaka dan gula mengikut suka manis masing-masing.

  6. Masak sagu dalam microwave 2 minit, tambahkan ke dalam periuk. (atau mungkin boleh terus masuk dalam periuk?)

  7. Akhir sekali, masuKkan santan 1 tin. Sentiasa kacau sehingga mendidih dan likat.

  8. Siap. Bila makan, sila tambah susu segar sedikit. Kalau terlebih pekat, anda boleh tambah susu segar semasa makan.

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua