Resepi Layer Chilled Cheese Cake

 Dihantar Oleh Pada 24 March, 2012
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Loyang saiz 8"
Description

Makan kat opis. Tp malu nak mintak resepi so godek2 resepi drp blogger kak azlita and kak zai kl. Gabungan 2 resepi ni maka terhasilah layer chilled cheese cake nih.

Share:
Bahan-bahan
  • A: 300 g biskut marie biasa
  • 150 ml susu segar (suam)
  • 30 g Oat yg dibakar sedikit agar nampak ranggup / nestum
  • B: 200 ml whipping cream
  • 500g cream cheese
  • 240 g gula castor
  • 2 sudu besar jus lemon
Cara-cara
  1. Pukul whipping cream sehingga pekat. Ketepikan Pukul cream cheese bersama gula dan jus lemon hingga sebati. Campurkan whipping cream yang telah dipukul tadi. Kacau sebati.

    data.jpeg
  2. Rendamkan biskut marie ke dalam susu segar (sekejap sahaja. Kalau lama2 takut lembik). Susun di dasar loyang / mangkuk kaca. Lapiskan dengan krim cheese. Tabur oat / nestum. Ulang langkah ini sehingga habis. Lapisan terakhir ialah lapisan cheese. Taburkan oat / nestum di atas permukaan cheese. Sejukkan di dalam peti sekurang-kurangnya 3-4 jam... Selamat mencuba.

  3. Versi blueberry

    data.jpeg
Komen