Dihantar Oleh Pada 12 March, 2012
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2-3 orang
Description

dikenali sbg "yuen yong" bg msyarakat cina. resepi asal drpd majalah SAJI tetapi saya olah sikit mgikut selera family..

Share:
Bahan-bahan
  • 50 gm bihun
  • 50 gm kuetiaw
  • 30 gm isi ayam
  • 6 ekor udang
  • 2 ekor sotong - dipotong tiga
  • 2 ulas bawang putih - ketuk/hiris
  • 2 biji telur - 1 gaul dgn bihun,1 lg guna diakhir proses memasak
  • 4 tangkai kailan/sawi
  • lobak merah - ikut suka nak byk mana
  • 50 gm putik jagung
  • fish cake secukup kegunaan
  • 2 sudu besar tpung jagung - bancuh dgn sedikit air
  • sedikit sos tiram
  • sedikit kicap cair
  • sedikit air - bergantung byk mana kuah yg kita nak
  • sedikit garam
Cara-cara
  1. rendam bihun,tos dan gaul bihun dengan telur yg telah dipukul - goreng seketika atau sehingga bihun mula mengeras sedikit.angkat dan ketepikan.

  2. cuci kuetiaw,tos dan gaul sedikit dgn kicap.goreng seketika.angkat dan ketepikan.

  3. tumis bawang putih,isi ayam,sotong dan udang.

  4. tambahkan sedikit air dan masukkan sos tiram,kicap cair dan garam secukup rasa.

  5. kemudian masukkan putik jagung,lobak merah dan kailan/sawi.gaulkan rata.

  6. apabila sdh mendidih,masukkan bancuhan tepung jagung dan telur.

  7. sesuaikan rasa dan tuang ke atas bihun dan kuetiaw yg tlh di goreng td.

  8. susun dengan kemas fish cake yg telah di celur,taburkan bawang goreng dan daun bawang jika suka.

  9. sedia utk dihidangkan.