Resepi Kuih Bom

 Dihantar Oleh Pada 13 May, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 10-11 biji
Description

Sedap di makan utk minum petang

Share:
Bahan-bahan
  • 50-60gm bijan
  • Minyak utk mengoreng
  • Bahan-bahan doh:
  • 200-240gm tepung pulut
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu teh air kapur
  • 190-200ml air
  • Sedikit garam
  • Bahan-bahan inti kelapa:
  • 60g gula melaka/gula merah
  • 20g gula pasir
  • 50ml air
  • 1/2 biji kelapa parut
Cara-cara
  1. Jerang gula melaka/merah, gula pasir dan air hingga larut

  2. Tapiskan ke dalam kuali kemudian masukkan kelapa parut

  3. Kacau atas api sederhana hingga inti agak kering

    open-uri20151010-29872-9gq7zy
  4. Dalam mangkuk besar, gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam

  5. Masukkan air kapur dan sedikit demi sedikit air uli menjadi doh

  6. Ambik sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkan sedikit

  7. Bubuh inti ditengahnya dan tangkupkan semula

    open-uri20151010-29872-1hi5on4
  8. Golek bebola dengan bijan supaya elok melekat

    open-uri20151010-29872-z1f5ap
  9. Masukkan minyak yg banyak dalam kuali dan gorengkanlah kuih bom hingga kekuningan

  10. Dan siap untuk dimakan

  11. Petua utk kuih bom tak meletup dan tak merekah: 1. Minyak mesti banyak biar kuih bom terendam. 2. Minyak jgn terlalu panas. 3. Jgn menggoreng terlalu lama. 4. Terus menggoreng selepas siap dibuat jgn dibiarkan pada suhu bilik.

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua