Resepi Nasi Ayam Hainan

 Dihantar Oleh Pada 27 July, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan:  4 orang
Description

Resepi ini sebenarnya saya baru belajar nak buat tapi agak senang dan cara penyedian dalam 1 jam ke 1 1/2 jam.

Share:
Bahan-bahan
  • **Beras (jangan guna beras wangi) guna dalam 3 sukat
  • **1 ekor ayam
  • **1/2 ulas halia
  • **3 ulas bawang putih
  • **Kayu manis
  • **Daun Pandan dan sedikit garam
  • #Sos Ikan
  • #5 biji Cili Merah
  • #1 ulas Halia
  • #5 ulas Bawang Putih
  • #Sedikit air perahan limau/lime
  • #Gula,garam dan cuka
  • @1/2 ekor ayam (potong 6 ke 8 bhgn dan buang kulitnya)
  • @1 1/2 liter air
  • @1/2 bahagian kubis bulat (potong/hiris sederhana)
  • @2 batang lobak merah (buang kulit dan potong 4 ke 5 bahagian)
  • @1 biji kentang yang besar (buang kulit dan potong 6 bahagian)
  • @1 - 1.5 sudu kecil garam
  • @1 biji bawang besar (potong separuh)
Cara-cara
  1. Untuk Nasi: Gunakan bahan-bahan bertanda **

  2. Ayam di masukkan ke dalam air dan masak. Letakkan daun pandan dan sedikit garam untuk perisa. Jangan masak ayam terlalu lama. Masak selama 20 ke 30 minit saja. Janji masak.

  3. Keluarkan ayam dari air rebusan tadi dan potong ayam beberapa bahagian (ikut suka).Ketepikan dan simpan air rebusan ayam tadi untuk masak nasi dan sup nanti.

  4. Basuhkan beras hingga bersih,ketepikan sementara dan gunakan kuali untuk menggoreng halia dan bawang putih. Goreng hinga naik bau, dan masukkan bahan gorengan tadi ke dalam nasi. Masukkan pula air rebusan ayam tadi ke dalam beras, kayu manis dan daun pandan.Masakkan nasi tersebut.

  5. Untuk Sos Cili : Gunakan bahan-bahan bertanda #

  6. Kisar cili merah, halia dan bawang putih dengan sedikit air.

  7. Keluarkan bahan kisar tadi kedalam mangkuk dan campurkan sos ikan, cuka, garam dan sedikit gula (agak-agak rasanya) Kacau dan gunakan air perahan limau/lime bila hendak makan.

  8. Untuk Sup : Gunakan bahan-bahan bertanda @

  9. Dalam bekas yang besar, didihkan air dan masukkan 1/2 ekor ayam kedalam air mendidih tersebut. Tutupkan bekas tersebut dan biarkan mendidih selama 15 minit ke 20 minit. Gunakan api sederhana besar.

  10. Masukkan pula bawang besar tadi dan lobak, biarkan lagi mendidih selama 15 minit.

  11. Perhatikan air rebusan tersebut,jika berkurangan boleh tambah sedikit. Masukkan pula kentang dan biarkan juga mendidih selama 15 minit.

  12. Akhir sekali masukkan kubis tadi dan masukkan sedikit garam untuk rasa. Biarkan kubis lembut dan tutupkan api.

  13. Cara hidangan: Ayam untuk makan bersama nasi ayam tadi bolehlah dihidangkan ke dalam pinggan dan hidangkan bersama-sama timun/daun salad.Untuk perasa ayam tambahkan kicap cair dan minyak bijan di atasnya.

  14. Okay dah boleh makan :D