Resepi Masak Lemak Nenas Dgn Ikan Masin

 Dihantar Oleh Pada 04 December, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 org
Description

Penyediaan yg mudah & cepat.. boleh guna ikan sepat jugak.. ;)

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2 biji nenas (kulit masih hijau) kupas & hiris nipis
  • 4 ketul ikan kurau campur isi dan tulang (direndam sekejap dan toskan)
  • 2 cwn santan
  • 2 biji bawang merah ditumbuk lumat
  • 5 biji cili padi ditumbuk (boleh tmbh jika suka pedas)
  • 1 btg serai diketuk
  • 3 inci kunyit hidup ditumbuk (3/4 sudu teh serbuk kunyit)
  • 1 keping asam gelugor
Cara-cara
  1. Satukan santan, serai, bawang merah, cili padi dan kunyit yg sudah ditumbuk ke dalam periuk dan masak atas api sederhana

  2. Sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak sehingga mendidih. Kemudian masukkan ikan kurau, nenas dah asam keping

  3. Masak lagi dalam 3-4 minit dan tutup api. Kemudian rasa kuah jika kurang masin boleh tambah sedikit garam

  4. Sedia utk di hidang..

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua