Resepi Sup Ikan

 Dihantar Oleh Pada 01 May, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4
Description

simple je resepi ni, mmg sesuai di masak diwaktu takde mood nak masak sgt hehehe.. =)

Share:
Bahan-bahan
  • ikan fillet (mcm dory ke basa ke..)
  • carrot
  • bunga kubis
  • sawi (dlm gambar tak nampak sebab tak letak hehe)
  • bawang putih - dihiris
  • sedikit halia - dihiris nipis
  • minyak untuk menumis
  • garam
  • serbuk lada
  • sedikit kiub ayam
  • daun bawang dan daun ketumbar - dihiris kecil2 utk hiasan
Cara-cara
  1. Panaskan minyak. Setelah cukup panas, tumis bawang putih hingga wangi.

  2. Masukkan air ikut sebanyak mana sup yg anda nak.

  3. Masukkan ikan, carrot, bunga kubis dan sawi. Masukkan garam, kiub ayam dan serbuk lada secukup rasa.

  4. Teruskan sehingga ikan cukup masak.

  5. Hidangkan dalam mangkuk dan hias dengan daun bawang dan daun ketumbar. =)