Dihantar Oleh Pada 30 April, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 org
Description

Resipi daripada mak saya...

Share:
Bahan-bahan
  • 4 cawan beras basmathi
  • 6 cawan air (ikut jenis beras)
  • 1-2 biji bawang besar (hiris)
  • 2 inci halia (hiris)
  • 3-4 biji bawang putih (hiris/tumbuk)
  • 1 cawan susu cair
  • Sedikit minyak sapi untuk menumis
  • Sedikit garam
  • Sedikit rempah tumis
  • Sedikit pewarna kuning
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kismis kuning dan gajus sebagai hiasan
Cara-cara
  1. Mula-mula didihkan air. Sambil tu, basuh beras dan toskan.

  2. Dalam periuk lain, tumiskan rempah tumis, bawang besar, bawang putih dan halia sampai naik bau.

  3. Masukkan bahan yang ditumis (dengan minyak sekali) ke dalam air yang dididih. Kemudian masukkan beras, garam dan daun pandan.

  4. Bila nasi kering dan hampir masak, masukkan pula susu cair. Biar sampai masak.

  5. Bila nasi dah masak, titiskan pewarna kuning ke 3-4 bahagian. Kemudian gaulkan perlahan.

  6. Masukkan kismis dan gajus sebagai hiasan.