Dihantar Oleh Pada 30 April, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: loyang 7/8"
Description

Resipi emak saya...senang dan sedap.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 bungkus (350g) biskut Marie
  • Setengah buku mentega
  • 2 biji telur
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan Milo
  • 1 cawan air
  • 3/4 cawan gula
  • **Milo dan koko tu terpulang pada citarasa. Nak rasa coklat yang kuat...guna 1 cawan koko + 1/2 cawan Milo, nak rasa yang agak kurang coklat, guna 1cawan Milo + 1/2 cawan koko
Cara-cara
  1. Patah-patahkan biskut.

  2. Dalam periuk, campurkan koko, Milo, air dan gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua larut.

  3. Masukkan mentega, kacau sampai mentega cair.

  4. Kecilkan api, masukkan telur. Kacau sampai agak-agak pekat (lebih kurang 30 saat). Padamkan api.

  5. Masukkan pula biskut yang dah dipatahkan tadi. Kacaukan sampai semua biskut dah diselaputi coklat. (Sukatan biskut terpulang pada citarasa. Kalau nak banyak coklat, guna sikit saje).

  6. Masukkan dalam loyang..tekan-tekan sikit bagi padat. Simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang.