Dihantar Oleh Pada 07 November, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 orang makan
Description

Boleh tukar dengan ketam juga..

Share:
Bahan-bahan
  • 800gm/ sekilo siput sedut (basuh & buang hujungnya)
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawah putih *
  • 1 inci kunyit *
  • 5 biji cili padi (ikut suka) *
  • 1 mangkuk santan
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 batang serai diketuk
  • sehelai daun kunyit (hiris nipis)
  • garam secukupnya
Cara-cara
  1. Masukkan siput yang sudah dibersihkan & dibuang hujungnya ke dlm periuk dan tuangkan santan.

  2. Tumbuk lumat bahan2 yang ditanda * dan masukkan ke dlm periuk tadi.

  3. Masukkan juga kiub ikan bilis & serai. Kemudian masak dengan menggunakan api sederhana supaya santan tidak pecah minyak.

  4. Sentiasa kacau perlahan supaya santan tidak berketul. Setelah hampir 5 minit masukkan asam keping & perasakan kuah garam secukupnya.

  5. Masak lagi selama 2 minit kemudian tutup api & taburkan daun kunyit. Sedia utk dihidang..

  6. Nota: boleh gantikan kunyit dengan cekur/cengkur.. begitu juga dgn daunnya..