Resepi Macaroni Cheese - Senang Punya

 Dihantar Oleh Pada 21 October, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5 orang makan
Description

Masakan western, masa penyediaan lebih kurang 40 minit.

Share:
Bahan-bahan
  • 200g macaroni – rebus dengan air dan garam, jgn lembut sangat
  • 200g mozzarella cheese
  • Untuk sos putih:
  • 25g mentega
  • 125ml susu full milk/fresh milk/ low fat pun boleh
  • 1-2 keping cheddar cheese
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • ½ sudu kecil lada sulah/lada hitam
  • Secubit garam – ikut tahap kemasinan masing-masing
  • Untuk Bolognese:
  • 2 sudu besar minyak untuk menumis
  • 1 biji bawang besar Holland – potong dadu
  • ½ peket minced beef/chicken – aku guna brand Ramly yang terbaru tu
  • 1 peket tomato cheery - hancurkan
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • ½ tin cendawan butang – potong nipis2
Cara-cara
  1. Cara2 memasak sos putih: -

  2. 1)Cairkan mentega di dalam kuali, kemudian masukkan susu.

  3. 2)Masukkan cheddar cheese dan kacau sehingga cair, masukkan tepung gandum yang dibancuh dengan air untuk elakkan bergumpal. Kacau sehingga betul-betul hancur.ntuk isi cara-cara di sini

  4. 3)Masukkan lada sulah dan sedikit garam.

  5. 4)Kacau sehingga kuah pekat dan matikan api. (Biar seketika)

  6. Untuk Bolognese:

  7. 1)Tumis bawang besar dengan minyak sehingga kekuning-kuningan.

  8. 2)Masukkan tomato ceri dan gaul sehingga tomato hancur.

  9. 3)Masukkan daging cincang tadi, kacau sehingga daging betul2 masak.

  10. 4)Masukkan sos cili, sos tomato dan rasa.

  11. 5)Masukkan garam dan lada sulah.

  12. 6)Masukkan cendawan butang dan biarkan sehingga semuanya masak.

  13. Cara2 memasak macaroni bakar:

  14. 1.Sapu minyak pada loyang/bekas macaroni.

  15. 2.Masukkan macaroni yang direbus tadi dan tuang sos putih ke atasnya. Gaul rata sos putih dan macaroni.

  16. 3.Tabur mozzarella cheese atas sos putih dan macaroni

  17. 4.Tuangkan kuah Bolognese atas macaroni. Sapu biar semua rata.

  18. 5.Taburkan mozzarella cheese sebanyak yang diinginni

  19. Panaskan oven 180 C, masukkan loyang dalam oven dan bakar selama 30 minit guna api atas bawah. Bakar lagi 10 minit guna api bawah sahaja kalau macaroni tak melekat.

Komen