Resepi Baby Fairyland

 Dihantar Oleh Pada 24 April, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 Orang
Description

Makanan bayi 12 bulan ke atas.

Share:
Bahan-bahan
  • 2 sudu besar beras.
  • 1 biji kentang sederhana besar dipotong kecil
  • 1 pokok sawi dipotong kecil
  • 1/2 batang lobak merah dipotong kecil
  • Sedikit kiub ayam tanpa msg
  • Sedikit garam
  • Sedikit bawang goreng yang digoreng dgn sedikit minyak zaitun
  • Sedikit santan
  • Sedikit isi ayam yang dicincang
  • Sedikit daging yang dicincang
  • 500 ml air
  • Sedikit daun sup dan daun bawang
Cara-cara
  1. Basuh beras dan masukkan air. Masak beras di atas api yang kecil.

  2. Bila mendidih masukkan kentang, lobak merah, kiub ayam, garam, ayam dan daging

  3. Biarkan di atas api sehingga biji beras pecah,masukan air jika terlalu pekat.

  4. Masukkan santan dan kacau.Biarkan seketika.Masukkan sawi, Daun sup dan daun bawang.Biarkan seketika sehingga daun daun tadi layu.

  5. Bila sudah pekat boleh lah dipadamkan api.Biarkan sejuk sebelum dikisar.Masukkan bawang goreng untuk dikisar bersama.Kisar hingga halus untuk diberikan kepada bayi ada.

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua