Dihantar Oleh Pada 13 August, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 org mkn
Description

Belajar dari Mak saya

Share:
Bahan-bahan
  • 4 ekor ikan Kembong/Pelaling/Selar
  • 1 kotak kecil santan
  • 6 ke 8 biji cili padi (ikut suka)
  • 1 inci kunyit hidup sebesar ibu jari
  • 1 keping asam keping (sebesar syiling 50sen)
  • 2 ke 3 rumpun kucai (potong anggaran 2cm)
  • Garam (Ajinomoto & gula tidak perlu taruk)
Cara-cara
  1. Tumbuk lumat cili padi, kunyit hidup & garam.

  2. Masukkan semua bahan bersama santan kotak+air 2 cawan (atau 2 cawan santan dari 1/2 ke satu biji kelapa) kecuali kucai

  3. Hidupkan api, siram selalu ikan supaya santan tidak bergentel. Apabila sudah masak/ warna kuah cantik & sedikit berminyak masukkan kucai. Setelah kucai layu sedikit bolehlah dihidang

Komen