Resepi Sayur Campur Goreng SEDAP

 Dihantar Oleh Pada 26 July, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Utk ratah saja pun sedap.. So masak banyak la sikit. Kalau utk 4 orang makan, sebenarnya 2 orang je ;-) originally resipi mak mertua, masakan jawa

Share:
Bahan-bahan
  • seikat kacang buncis (atau 12 btg)
  • 1 batang carrot
  • Bunga kobis
  • 2 biji Tauhu. 1 biji dipotong 9
  • 5 ekor Udang size M
  • BAHAN2 UTK DITUMBUK
  • - 4 ulas bawang putih
  • - 5 ulas bawang merah
  • - 1/2 labu bawang besar
  • - 7 tangkai cili merah/api
  • - 1 genggam ikan bilis
  • - 2 cm belacan yg telah dibakar
  • - gula1/2 sudu teh
  • BAHAN2 UNTUK MEMASAK
  • - Garam secukup rasa
  • - 2 sudu sos tiram
  • - 1 sudu teh perasa ayam maggie
  • -1 sudu teh perasa ikan bilis maggie
  • - 1 senduk minyak masak
Cara-cara
  1. Tumbuk semua bahan yang perlu ditumbuk seperti yg disenaraikan.

  2. Goreng tauhu (tak perlu garing sgt). dan ketepikan

  3. Panaskan minyak, dan tumiskan bahan (1) hingga naik bau. Masukkan semua sayur2.

  4. jika perlu, campurkan 4 sudu air. tambahkan garam, sos tiram, perasa ayam dan ikan bilis. Tutup kuali dengan penutup. Biarkan kira-kira 5 minit sehingga sayur jadi 'empuk'. masukkan udang dan tauhu yg telah digoreng tadi.

  5. Makanlah sayur banyak2, bagus untuk sistem penghadaman dan kesihatan anda!

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua