Resepi Biskut Mazola/kacang Kakbesah

 Dihantar Oleh Pada 28 June, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: +- 100 keping
Description

"umi, bleh tak buatkn kwn Aisyah biskut mazola, dia teringiiin sgt, dia kata dh lama sgt x mkn biskut tu.. dia nk beli sebalang..bleh la mi..bleh la..", "ok..dgn syarat tlong goreng kcang & buang kulitnya","no problem mi!", "ok let's do it!" ..hehe..

Share:
Bahan-bahan
  • 1 cawan rata gula icing(130g) @ jika guna gula halus kurangkan 2 sudu makan(110g)
  • 2 1/2 cawan tepung gandum(250g)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh baking powder
  • *semua bahan di atas diayak bersama.
  • 1 cawan membukit kacang tanah kisar.(disangrai, dibuang kulit, dikisar baru disukat)
  • minyak mazola @ minyak jagung secukupnya
  • lebihan kacang tanah sangrai td & kuning telur utk sapu.
Cara-cara
  1. campur rata kacang tanah kisar(akk suka kisar agak kasar skit, spaya krupkrap) bersama bahan2 yg diayak td.

  2. uli bahan2 tadi bersama minyak mazola hingga menjadi 1 doh yg lembut dan bleh diterap.

  3. gelek doh antara 2 plastik, terap dgn acuan yg digemari(celup dlm tepung acuan sbelum menerap spaya lekang). susun dlm dulang bersapu majerin dan letakkan 1/2 biji kacang tanah yg dah disangrai td.

    open-uri20151010-29872-w4m3hf
  4. sapu kuning telur atas biskut termasuklah sang kacang tu.. bakar dlm oven yg tlah dipanaskan terlebih dahulu. suhu 150c, +- 30 atau hingga masak mengikut kebiasaan oven msing2.

    open-uri20151010-29872-1ko3owg
  5. kata Aisyah:"hek eleh.. senang nyeer.. nk buat.." , "hm, kalau senang.. Aisyah kne lah buat utk Raya nanti.. umi bleh buat keje lain..hehe.."

    open-uri20151010-29872-gmogah
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua