Resepi Puding Tembikai

 Dihantar Oleh Pada 13 June, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Loyang 4 segi 7 inci
Description

Sumber : Blog Secubit Garam (Kak Nor) Thanks so much kak nor kerana resepi kak nor yg mabeles ni...wajib cube... sebab cantik sangat... :) Tapi saya olah sikit sebab saya guna agar2 tali. Semoga Allah merahmati kak nor & keluarga.. Amin

Share:
Bahan-bahan
  • 1 paket agar-agar tali (15-20gm)
  • 4 keping roti gardenia*
  • 1 3/4 cawan susu cair*
  • 6 cawan air
  • 1 cawan susu pekat*
  • 1 1/2 cawan gula (boleh kurangkan jadi 1 cwn sbb terlalu manis)
  • 2 sudu besar mentega
  • sedikit esen vanilla
  • Bijan Hitam/ Cincau/ Kismis Hitam/ Biji Selasih (opional utk biji tembikai..tak letak pun x pe)
Cara-cara
  1. Masak agar2 bersama gula dan air hingga agar2 dan gula hancur

  2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan. Blend halus semua bahan yg bertanda *

  3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.

  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai) Saya Agak2 je ketebalan kulit tembikai ni. Biar keras sedikit.

  5. Lapiskan sedikit warna asal diatas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit

  6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, lapiskan perlahan2 diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.

    open-uri20151010-29872-1truapu
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua