Resepi ~ Ikan Keli Goreng Cili Padi ~

 Dihantar Oleh Pada 11 June, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5 orang makan
Description

Sesuai untuk penggemar ikan keli..resipi ni dari Mummy Tersayang...

Share:
Bahan-bahan
  • 5 ekor ikan keli dibersihkan dan dibuang lemak-lemak nya. setelah dibersihkan gaulkan dengan garam dan kunyit.
  • 15 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • garam
  • sedikit Ajinomoto jika suka
Cara-cara
  1. Goreng ikan keli yang telah digaram kunyit sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

  2. kisar cili padi, bawang putih dan juga halia sehingga lumat.

  3. tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga garing. letak sedikit air dan biarkan sehingga pekat.

  4. Masukkan ikan kedalam kuah tadi, letakkan sedikit garam dan ajinomoto. gaul rata sehingga kering.

  5. siap untuk dihidang. sesuai dimakan bersama nasi putih.

Tags 
  •   ikan
  • Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua