Dihantar Oleh Pada 09 April, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 8 - 10 orang
Description

Pencuci mulut yang mudah untuk disediakan. Resipi dari Kak Hanieliza.

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan A :
  • 1/2 cawan gula, dicairkan dalam loyang yang nak dikukuskan nanti
  • Bahan B :
  • 1 buku roti
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air buah dari koktel buahan/pic, asingkan air dan buahnya
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • Untuk Hiasan :
  • 1 tin koktel buahan/pic
Cara-cara
  1. Panaskan kukusan.

  2. Gaul rata semua Bahan B kecuali koktel/pic.

  3. Masukkan bancuhan kedalam loyang dimana gula telah dicairkan tadi.

  4. Tutupkan loyang dengan plastik nipis.

  5. Kukus selama 30 minit.

  6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.

  7. Susunkan isi buah koktel atau buah pic.

  8. Sejukkan dan boleh dihidangkan sebagai pencuci mulut.

    open-uri20151010-29872-1m7r8p9