Resepi Kari Daging

 Dihantar Oleh Pada 13 July, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: Anggaran 10-15 orang.
Description

Untuk roti jala atau menu utama harian. Boleh juga di gantikan dengan ayam jika suka.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ½ kg daging
  • 125 ml minyak
  • 5 labu bawang merah - dicincang halus
  • 12 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2.5 cm kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga (ambil bijinya)
  • 4 tangkai daun kari
  • 70 g rempah kari daging - di campur dgn 125 ml air, jadikan pes
  • 1 liter santan cair
  • 500 ml santan pekat
  • 3 biji ubi kentang besar (dikupas dan dihiris kasar)
  • Garam secukupnya
Cara-cara
  1. Potong daging setebal 1 cm dan selebar 5 cm.

  2. Panaskan minyak di dalam periuk.

  3. Tumis bawang merah, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan.

  4. Bubuh daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi.

  5. Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk.

  6. Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering.

  7. Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama ½ jam atau hingga daging empuk.

  8. Bubuh pula kentang dan masak sampai empuk.

  9. Akhir sekali masukkan garam dan santan pekat, gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak, angkat dari api.