Dihantar Oleh Pada 24 May, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: seisi keluarga
Description

tengok dlm esbok, mcm2 lebihan ada, ada labu skit, keladi skit, kledek ada seketul.. kentang pun ada.. so, kenalah manfaatkn bahan2 ni ngn membuat kuih ni..hehe..

Share:
Bahan-bahan
  • doh 1
  • 1 cawan labu rebus yg tlh dilecek
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1/2 sudu teh garam
  • doh 2
  • 1 cawan keladi rebus yg tlh dilecek
  • 1/2 cawan tepung pulut & 1/2 sudu teh garam
  • doh 3
  • 1 cawan keledek merah rebus yg tlh dilecek
  • 1/2 cawan tepung pulut & 1/2 sudu teh garam
  • doh 4
  • 1 cawan kentang rebus yg dilecek
  • 1/2 cawan tepung pulut & 1/2 sudu teh garam
  • inti kelapa secukupnya
  • 6 cawan santan* + 4 sudu makan tepung beras* + 1 sudu teh garam* + 4 sudu makan gula pasir* + 3 helai daun pandan* dikoyak.
Cara-cara
  1. bancuh sebati bahan2 brtanda* lalu dikacau atas api hingga mendidih 2 minit - biar sejuk & ketepikan.

  2. bulat2 kan inti kelapa - ketepikan.

  3. satukan bhn utk doh 1, uli hingga kental. tambah tpg pulut jika perlu.

    open-uri20151010-29872-1jmrfdx
  4. satukan bahan2 doh 2, uli hingga mnjadi doh yg kental, tambah sedikit air jika perlu.

    open-uri20151010-29872-1dyprct
  5. buat doh 3 & 4 dgn cara yg sama.

    open-uri20151010-29872-13cl6na
  6. panas kan 2/3 periuk air.

  7. ambil sejemput doh, leperkan, bubuh inti & kelim rapat. masukkan dalam air mendidih. bila bola2 timbul ke permukaan air, biar lah 2 minit baru di angkat & terus masukkan kedalam kuah santan/dadih sejuk tadi.

  8. buat hingga habis.

  9. Alhamdulillah, siap lah hidangan minum petang nanti... sedap dimakan sejuk2..

    open-uri20151010-29872-3g4b6e