Resepi ?Kek Velvet Ombak Beralun (Kukus)â„¢

 Dihantar Oleh Pada 19 May, 2011
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: loyang 9x6x3 / 10x7x3
Description

menambah resipi kek yang dikukus... :)

Share:
Bahan-bahan
  • 5 biji telur - A yg sejuk dr peti ais
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 sk baking powder
  • 1 sb ovallete
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150g)
  • 10 sb mentega cair (100g)
  • pewarna oren,hijau,kuning dan merah atau warna2 pilihan ikut suka
  • Secukup serbuk koko atau serbuk milo (boleh campur kedua2 skali)
Cara-cara
  1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.

  2. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.

    open-uri20151010-29872-mp0xed
  3. Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.

    open-uri20151010-29872-qbjf2j
  4. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan.

    open-uri20151010-29872-1h2o5n5
  5. Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.Ayak serbuk koko di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi.

    open-uri20151010-29872-4qza22
  6. Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk koko rata2.Ulang melapis dan menabur serbuk koko untuk lapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk koko.

    open-uri20151010-29872-m54ua9
  7. Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil yang telah disapu mentega.Kukus selama 45 min.

    open-uri20151010-29872-yuje82
  8. Apabila masak,buka segera aluminium foil.Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak.Biarkan kek 5 min di dalam loyang.

    open-uri20151010-29872-1g9ra7m
  9. Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai.

    open-uri20151010-29872-1b0smml
  10. Biar kek benar2 sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.

    open-uri20151010-29872-bait11
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua