Resepi Daging Goreng Pedas

 Dihantar Oleh Pada 12 May, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 orang
Description

Lauk simple dan senang disediakan..

Share:
Bahan-bahan
  • 1 cwn daging (Dihiris nipis-nipis)
  • ½ biji kentang saiz besar (kupas dan potong 4)
  • 5 sb kicap manis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Seketul (lebih kurang sebesar ibu jari) nisan/gula melaka
  • ¼ sb pes asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya untuk empukkan daging
  • @@ BAHAN-BAHAN KISAR @@ ~ Blend kering
  • ½ labu bawang merah
  • 2 ulas bawang bawang putih
  • 1½ sb serbuk cili
Cara-cara
  1. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.Masukkan daging dan kacau sehingga mesra ngan bahan tumisan.

  2. Masukkan air secukupnya sekadar untuk empukkan daging.(Biasanya saya masukkan air panas, supaya daging tidak liat sebab disejukkan secara mendadak bila air biasa dimasukkan).Tutup kuali sehingga daging empuk

  3. Setelah daging empuk, masukkan kentang dan kulit kayu manis.Kacau-kacau sebati.Biarkan sehingga kentang empuk.

  4. Masukkan pes asam jawa, kicap, dan nisan/gula melaka.Kemudian perasakan ngan garam.Kacau-kacau bagi semua mesra dan sedia dihidang.

Komen