Resepi ?Bingka / Kuih Bakar Kentang â„¢

 Dihantar Oleh Pada 07 May, 2011
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: loyang 8 x 8 inc.
Description

Resipi lama dgn sukatan bahan ada yg dlm auns tapi akak tukarkan menggunakan cawan/gm bagi memudahkan... Bingka yang sesuai dihidangkan bila2 masa saja.Oleh krane resipi tk sama dengan kuih bakar kentang yang ada,jadi nak jugak kongsi di sini... :)

Share:
Bahan-bahan
  • 14 auns(400g) kentang - rebus empuk dengan sedikit garam dan lecek halus
  • 6 auns (3/4 cwn) gula halus
  • 5 biji telur - besar
  • 2 cawan santan (akak guna 300ml KARA + air)
  • 8 auns (2 cwn) tepung gandum - ayak
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk esen vanilla
  • sedikit pewarna kuning lemon
Cara-cara
  1. Panaskan ketuhar 175C.Loyang dialas daun pisang dan gris sekeliling

  2. Kacau telur,gula,garam dan esen hingga rata dan masukkan santan.Masukkan tepung sedikit2 sambil dikacau hingga adunan tak berbintil.Masukkan pula kentang lecek dan pewarna kuning.Kacau hingga sebati.

  3. Tuang adunan ke dalam loyang yang disediakan dan bakar selama 40 min - 1 jam atau hingga kuih bingka garing.

  4. Biar kuih benar2 sejuk,potong dan hidangkan

    open-uri20151010-29872-t9q891