Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi

 Dihantar Oleh Pada 04 April, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Inilah resipi Ayam Masak Lemak Cili Padi Style Bonda D.. Boleh you all cuba, bila mak mentua lalu belakang pun tak perasan tawwww…

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam, dipotong ikut suka
  • 1 liter santan
  • 3 biji tomato, dibelah dua
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 helai daun kunyit, disiat empat
  • garam secukup rasa
  • minyak secukupnya
  • Bahan untuk dikisar
  • 10 batang cili padi merah
  • 10 batang cili padi hijau
  • 3 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih (besar kalau kecil letak 2 ulas)
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
Cara-cara
  1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan digoreng sehingga ia ¾ masak. Angkat dan ketepikan.

  2. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai, bahan yang telah dikisar dan daun kunyit. Tumis sehingga ia naik bau dan keluar minyak.

  3. Masukkan garam dan serbuk perasa bersama ayam yang telah digoreng tadi. Gaul kesemuanya sehingga sebati.

  4. Masukkan santan dan api dikecilkan sedikit dan gaul rata. Biarkan sehingga kuahnya meresap kedalam ayam dan mendidih. Selalu dikacau jadi tidak pecah minyak kuahnya. Bila dah mendidih dan ayam telah pun masak dan kuahnya meresap, masukkan tomato dan matikan api dan tutup periuk. Setelah 5 minit tomato pun dah layu sedikit, angkat dan hidangkan.

  5. Nota: Sekiranya anda tidak tahan pedas boleh kurangkan kuantiti cili padi merah dan hijau dalam masakan ini.

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua